Monday, January 27, 2014

Pelajaran 1 edited

Selepas publish, saya dapati gambar yang kelihatan adalah tidak jelas, (sebab quality image nya direduce kan oleh Blogspot) jadi saya pohon maaf, saya berasa bersalah pula, naik buat sesuatu, biar buat yang bermanfaat kepada orang lain, dalam konteks di sini adalah pembaca blog saya.

Jadi, saya buat keputusan untuk tulis semula ya, nanti ya.


Pelajaran 1

Seperti yang saya rancang untuk dikongsi bersama dengan khalayak pengunjung blog saya adalah himpunan mufradat ya berkaitan dengan Bahasa Arab Al Quran.

Di bawah ini, saya letakkan 2 keping gambar yang baru saya tulis dan tangkap semalam. Ia mengandungi 50 perkataan Arabic dari kumpulan فعل VERBS yang diulang sebanyak 9,756 kali dalam Al Quran. VERBS ini adalah 50 verbs ya paling kerap diulang di dalam Al Quran. 

Cthnya: perkataan  قال :- to say :- diulang sebanyak 1,618 x dalam Al Quran; dan
             Perkataan ذكر :- to remember, to mention :- diulang sebanyak 84 x 

Ok, sampai di sini dulu, ingat 50 perkataan-perkataan ini ya saudaraku...




Tuesday, January 21, 2014

Apa tujuan kita

Salam kepada semua yang datang ke sini, membacanya. Dan dalam usaha untuk mempelajari Bahasa Arab Al Qur'an Al Kareem. Tujuan tidak lain, hanya satu. ..iaitu untuk dapat membaca dan lantas berupaya memahami apa yang dibacanya. Sebab Al Qur'an adalah dalam bahasa Arab, kita tak tahu bahasa Arab, bukan tak tahu, hanya tahu sikit sikit aje. Jadi, kenalah belajar Bahasa Arab in order to understand the meaning of Al Quran. Cumanya, kita nak cari cara belajar yg cepat, mudah dan menggunakan alat bantu yang ada banyak, SUPAYA dapat LEBIH CEPAT menguasainya. Senang dan MUDAH FAHAM bukan, yes, jom mari ikuti saya bersama, jadi sparring partner saya dalam berlatih dan terus berlatih. Apa target kita : Mencapai 1,000 mufradat Al Quran. Mufradat tu apa? Mufradat tu vocabs, perbendaharaan kata yg kita ada.